Posts

Mendengar tapi menuduh?

Image
Menunduk lihat rumput, mendongak lihat langit. Begitu perumpaan sebuah kehidupan realiti di dunia. Penuh transisi dan transaksi yang boleh membuka mata dan naluri setiap manusia yang punya tenaga dan sinergi yang selari dengan ketentuan ataupun lumrah kehidupan.  Setiap insan yang hadir ke dunia Allah mempunyai jalan penceritaan kehidupan yang berbeza tetapi tujuan utama yang sama. Oleh kerana itu, bagaimana seorang pendengar luahan hati harus beraksi penuh hikmah dan tidak menyakiti? 1.Niat mendengar untuk memahami 2.Tidak berbicara saat pencerita berbicara. 3.Membuat pencerita tahu kita sedang mendengar melalui ekspresi dan bahasa badan. 4.Mampu mengulang kembali apa yang disampaikan hampir sempurna. 5.Tidak membuat andaian ataupun hukuman. 6.Tidak menyebarkan keaiban. Oleh kerana itu, jejak-jejak kepada kebenaran seringkali terlihat sama ada difahami oleh insan mahupun tidak. Namun, petunjuk dari yang Maha Besar bukan terletak pada manusia yang mendidik, menegur dan ...

REVIEW: The epigenetics revolution: How Modern Biology is Rewriting Our Understanding of Genetics, Disease and Inheritance by Nessa Carey

Image
Maksudnya: Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanakkanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui l...

Pengenalan. Burung Kekasih?

Ramai tertanya-tanya tentang nama Burung Kekasih. Kenapa bersembunyi dengan nama burung kekasih? Bagaimana Burung Kekasih ini tercetus? Bicara kali ini, hanya nukilan santai sebagai pengenalan dalam dunia penulisan.  Saya penulis amatur yang gemar meluahkan segala cetusan fikiran melelui penulisan. Bercita-cita ingin penjadi penulis puisi dan penulis lirik pada satu hari nanti. Namun, setiap permulaan mesti bertatih dan banyak yang perlu dipertingkat. Tips paling berguna dan paling efektif tentulah kita perlu banyak membaca dan banyak menulis. Beralih kembali pada topik asal. Burung Kekasih ini tercetus setelah beberapa kali mencari identiti sendiri dalam dunia penulisan. Berimaginasi dan berangan-angan memang menjadi hobi kegemaran. Bak kata orang, jika ingin berjaya, perlu ada perancangan dan semangat yang besar. Dengan berimaginasi inilah saya merangka kehidupan dan mengenali diri sendiri. Mungkin sudah menjawap kenapa 'burung' menjadi sebahagian dari nama penulisan...

Can I live by my own style?

Can I live by my own style? By Burung Kekasih hide the moon to wash the dark sunlight rays over the Earth lying the bird in exhausted asking around deepest side say the moon, I wanna see the Earth in rainbow  feel the breeze say the sun in polite way it's my turn i'm taking back let's live together grow up flowers and trees silent girl questioning the fate why do she have to face the face wrinkled woman tell the truth we are meant living as one

Heart art

Heart Art By Burung Kekasih As growing up The storms and rainbows had been seen  The landslides and flood had touched my skin Sequentially came as brush strokes The painting still in the making the blood flushed away the white and black colourful signature of art in here

Mendamba cinta

Mendamba Cinta Nukilan: Burung Kekasih berhentilah gagak akan mengejar cinta bersama nyalaan  malap di hati panahnya membawaku ke mari dungu aku sang gagak menepis tohmahan menghujan pertaruh segala demi impian gadaianku setia berpanjangan menapak selangkah tinggalkan silam bersama cinta tak seindah lalu diiring kepingan hati yang musnah wujud aku sahabatmu harap disisimu bidadari simpanan syurga

Adab dan Percaya

Bicara tentang adab dan percaya. Ramai yang berkata adab itu ‘common sense’ pada hubungan antara manusia dengan manusia, dan manusia dengan alam. Jika begitu semua orang tahu tentang adab dan semua manusia beradab. Adakah cukup adab dengan ‘common sense’ tanpa kepercayaan? Memang indah jika hidup dalam harmoni yang dipunyai dengan kebebasan dalam kebebasan. Adakah hidup bebas dalam sangkar undang-undang menjatuhkan kemajuan dan kebolehan manusia itu sendiri? Mengenetepikan elemen percaya dalam adab hanya pokok hiasan plastik yang segar-bugar sentiasa tetapi tidak membesar atas tanah yang boleh memberi. “Jika kamu ingin wang, ia kamu punya”. Di mana letaknya kebenaran kenyataan ini sedang kamu tidak mampu membuktikan kamu mampu menentukan ‘hidup dan mati’ kamu. Kecanggihan teknologi yang berevolusi hanya hukum yang kamu gali dari Penciptanya. Ini membuktikan kamu hamba yang perlu tahu adab itu datang dengan percaya. Mengapa percaya perlu dibuktikan? Berfikirlah sebagai seo...