REVIEW: The epigenetics revolution: How Modern Biology is Rewriting Our Understanding of Genetics, Disease and Inheritance by Nessa Carey
Maksudnya: Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak
(ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka
(perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah
menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari
sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya
dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami
hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam
kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke
suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa
kanakkanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa;
dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau
semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk
sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu.
Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian
apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan
tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula
menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. (Surah Al-Haj 22:5)
Bagaimana ayat ini sangat lazim dengan huraian dan isi
kandung dalam buku ini? Manusia dan segala benda hidup di bumi ini mempunyai
sel yang unik. Setiap sel ini tidak akan sama dari satu dan lainnya. Hal ini
demikian kerana setiap sel mempunyai satu bacaan unik yang tersusun rapi dengan
kod-kod yang tersendiri iaitu, A (adenine),
T (thymine), C (cytosine) dan G (guanine).
‘ Why can identical
twins develop different diseases like schizophrenia? Why are tortoiseshell cats
always female? … Why do we age, developdisease or become addicted to drugs?’
Ini adalah petikan daripada buku ini sendiri sebagai
ringkasan tentang topik-topik yang dibicarakan dalam buku ini. Selari dengan
peredaran zaman yang semakin pesat membangun, bidang biologi juga semakin
berkembang dengan penemuan-penemuan baharu yang cuba untuk menjawap segala
persoalan-persoalan yang menjadi tanda tanya.
Denga itu, epigenetic iaitu, pewarisan sesuatu ciri benda
hidup yang tidak melibatkan pengubahsuaian susunan DNA cuba dirungkaikan.
Setelah menelaah buku ini, pada pandangan saya, kejadian pembentukan manusia
dan seangkatan dengannya membuktikan kekuasaan Allah S.W.T. dalam menghidupkan
makhluknya dan menunjukkan bahawa setiap hukum sains yang ditemui oleh manusia
hanyalah pencarian dan pemahaman hukum alam yang sudah sedia ada.
‘Today we are
learning the language in which God created life.’
-US
President Bill Clinton-
Comments
Post a Comment