Kembali ke sangkar daulat

Assalamualaikum dan salaam sejahtera...
Ini hadiah dari saya untuk rakyat Malaysia pada tanggal 31 Ogos 2016.

KEMBALI KE SANGKAR DAULAT
Nukilan: pena hijau

Berdekad lalu
Sangkar kita pudar
Ruangnya diisi titisan jernih kesukaran
Berteman percikan darah

Kita sedar
Pantasnya kita warna-warni yang indah
Namun pudarnya ia
Kerana dimilik susuk yang pentingkan diri
Menjarah Tanah Melayu kerana segunung kencana
Ditarah lahap
Hingga kita burung kelaparan
Hanya tunduk pada telunjuk sang rakus durjana

Tidak kusangka
Bangsaku bijak mengawal gelora
Tercatit di lembar sejarah dunia
Kembali kita ke sangkar daulat
Atas aturan bicara di kota London

Comments