Mendengar tapi menuduh?

Menunduk lihat rumput, mendongak lihat langit. Begitu perumpaan sebuah kehidupan realiti di dunia. Penuh transisi dan transaksi yang boleh membuka mata dan naluri setiap manusia yang punya tenaga dan sinergi yang selari dengan ketentuan ataupun lumrah kehidupan. 

Setiap insan yang hadir ke dunia Allah mempunyai jalan penceritaan kehidupan yang berbeza tetapi tujuan utama yang sama. Oleh kerana itu, bagaimana seorang pendengar luahan hati harus beraksi penuh hikmah dan tidak menyakiti?

1.Niat mendengar untuk memahami
2.Tidak berbicara saat pencerita berbicara.
3.Membuat pencerita tahu kita sedang mendengar melalui ekspresi dan bahasa badan.
4.Mampu mengulang kembali apa yang disampaikan hampir sempurna.
5.Tidak membuat andaian ataupun hukuman.
6.Tidak menyebarkan keaiban.

Oleh kerana itu, jejak-jejak kepada kebenaran seringkali terlihat sama ada difahami oleh insan mahupun tidak. Namun, petunjuk dari yang Maha Besar bukan terletak pada manusia yang mendidik, menegur dan mengajak, malah oleh Pencipta terhebat. Demikian itu, nasihat dan pendapat yang baik mengambil kira adab-adabnya.

1.Meluruskan niat untuk menasihati.
2.Menjaga ukhuwah ketika menasihati. Lebih baik dalam keadaan tidak diketahui orang lain.
3.Menggunakan bahasa yang halus dan mudah difahami.
4.Memikirkan cara yang baik untuk menasihati.
5.Memberi ruang dan waktu kepada saudara yang dinasihati.

Menetapkan hati pada denai yang sama adalah fasa yang berbeza daripada fasa memulakan langkah. Dalam liga perjuangan dunia, licik dan halus permainannya. Yang utama adalah usaha untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

Comments