Posts

Syurga atau neraka?

Image
Astana cinta yang digembar-gemburkan menjadi puncak kejayaan. Di dalamnya penuh keajaiban yang tak terjangkau oleh mata dan fikiran. Mengalir di dalamnya sungai-sungai yang berbeza di antara mereka. Singgahsana yang bermewahan mutia, kencana dan intan. Berdampingan bidadari hadiah buat yang mengerti tujuan hidupnya. Marak menjulang api yang kehausan bahan bakar. Ditunggu manusia dan boneka-boneka kepercayaan yang diagungkan. Kayu-kayan, batu-batan dan tanah-tanih anugerah itu disalah guna menjadi ciptaan yang diangkat darjat menjadi pencipta. Kadang di hatinya berubah dengan nikmat duniawi yang terhias hingga buta hati. Bukti keadilan tanpa pengaruh dari apapun jua itu bentuknya.  Gelombang kecil mahupun besar yang telah berlalu dan menanti setiasa mengintai dari sisa-sisa masa. Mengejar tanpa sedar dengan derapan yang seakan mengejar mangsa untuk dihabam. Degupan jantung semakin laju dengan keringat yang bercucuran mengalir deras bagi yang memahami surat cinta itu. Mas...

Imani

Image
Terang bulan kerana mentari, Terang hidup iman di hati. Sabar menanti bintang bersinar, Sabar menunggu hatimu benar. Tambat kembali jiwa yang lemah, Tambat iman jangan dilelah. Sembunyi tangan pencuri emas, Bunyian hitam sembunyi kemas.

Mendengar tapi menuduh?

Image
Menunduk lihat rumput, mendongak lihat langit. Begitu perumpaan sebuah kehidupan realiti di dunia. Penuh transisi dan transaksi yang boleh membuka mata dan naluri setiap manusia yang punya tenaga dan sinergi yang selari dengan ketentuan ataupun lumrah kehidupan.  Setiap insan yang hadir ke dunia Allah mempunyai jalan penceritaan kehidupan yang berbeza tetapi tujuan utama yang sama. Oleh kerana itu, bagaimana seorang pendengar luahan hati harus beraksi penuh hikmah dan tidak menyakiti? 1.Niat mendengar untuk memahami 2.Tidak berbicara saat pencerita berbicara. 3.Membuat pencerita tahu kita sedang mendengar melalui ekspresi dan bahasa badan. 4.Mampu mengulang kembali apa yang disampaikan hampir sempurna. 5.Tidak membuat andaian ataupun hukuman. 6.Tidak menyebarkan keaiban. Oleh kerana itu, jejak-jejak kepada kebenaran seringkali terlihat sama ada difahami oleh insan mahupun tidak. Namun, petunjuk dari yang Maha Besar bukan terletak pada manusia yang mendidik, menegur dan ...

REVIEW: The epigenetics revolution: How Modern Biology is Rewriting Our Understanding of Genetics, Disease and Inheritance by Nessa Carey

Image
Maksudnya: Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanakkanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui l...

Pengenalan. Burung Kekasih?

Ramai tertanya-tanya tentang nama Burung Kekasih. Kenapa bersembunyi dengan nama burung kekasih? Bagaimana Burung Kekasih ini tercetus? Bicara kali ini, hanya nukilan santai sebagai pengenalan dalam dunia penulisan.  Saya penulis amatur yang gemar meluahkan segala cetusan fikiran melelui penulisan. Bercita-cita ingin penjadi penulis puisi dan penulis lirik pada satu hari nanti. Namun, setiap permulaan mesti bertatih dan banyak yang perlu dipertingkat. Tips paling berguna dan paling efektif tentulah kita perlu banyak membaca dan banyak menulis. Beralih kembali pada topik asal. Burung Kekasih ini tercetus setelah beberapa kali mencari identiti sendiri dalam dunia penulisan. Berimaginasi dan berangan-angan memang menjadi hobi kegemaran. Bak kata orang, jika ingin berjaya, perlu ada perancangan dan semangat yang besar. Dengan berimaginasi inilah saya merangka kehidupan dan mengenali diri sendiri. Mungkin sudah menjawap kenapa 'burung' menjadi sebahagian dari nama penulisan...

Can I live by my own style?

Can I live by my own style? By Burung Kekasih hide the moon to wash the dark sunlight rays over the Earth lying the bird in exhausted asking around deepest side say the moon, I wanna see the Earth in rainbow  feel the breeze say the sun in polite way it's my turn i'm taking back let's live together grow up flowers and trees silent girl questioning the fate why do she have to face the face wrinkled woman tell the truth we are meant living as one

Heart art

Heart Art By Burung Kekasih As growing up The storms and rainbows had been seen  The landslides and flood had touched my skin Sequentially came as brush strokes The painting still in the making the blood flushed away the white and black colourful signature of art in here