Posts

Kembali ke sangkar daulat

Assalamualaikum dan salaam sejahtera... Ini hadiah dari saya untuk rakyat Malaysia pada tanggal 31 Ogos 2016. KEMBALI KE SANGKAR DAULAT Nukilan: pena hijau Berdekad lalu Sangkar kita pudar Ruangnya diisi titisan jernih kesukaran Berteman percikan darah Kita sedar Pantasnya kita warna-warni yang indah Namun pudarnya ia Kerana dimilik susuk yang pentingkan diri Menjarah Tanah Melayu kerana segunung kencana Ditarah lahap Hingga kita burung kelaparan Hanya tunduk pada telunjuk sang rakus durjana Tidak kusangka Bangsaku bijak mengawal gelora Tercatit di lembar sejarah dunia Kembali kita ke sangkar daulat Atas aturan bicara di kota London

Pelengkap lukisan

Pelengkap lukisan Nukilan Pena Hijau Aku Hanya rumput jalanan Yang layu Kerana tandus iman dan ilmu Dikelilingi haruman bunga dan bayang pohon rimba Aku Guna daun kecil mencari sinar mentari Guna akar pendek menyerap air Tatkala dibuai leka rutin harian Bunga itu kata diriku emas Pohon gergasi gemparkan bahawa aku permata Kadang Mati kita menjadi baja Lebih bermakna Dari kelopak yang mewarna dunia

EMBUN DI HUJUNG DAUN

biar aku sakit    biar embunku kering di pipi    hanya aku yg merasa betapa sakit selumbar yg halus berjuta   bukan diriku jika tidak membazirkan enzim   tidakkan pernah patah kata mengapa dialun deras hanya kerana aral mendatang     bagaimana itu penawar setia    hikmah itu ada di sebalik pengganggu emosi    janji Allah bahawa tiada masalah yang datang kalau tidak mampu ditanggung hambanya