PANTUN

Salam buat semua. Saya nak kongsi sedikit pantun yang tak seberapa, manakan tahu berguna.




kadang adap mentari pagi
salam ditawar malap biasan
empunya dedap dipinang lagi
daun mawar sebagai balasan




ditebang jangan merajuk kelak
baru bertunas ajal menanti
dipanjang tangan hukum ditolak


semata melunas impian hati


cuaca pagi mula membisu
kerana keladi jemput gelita
setitik nila tumpah ke susu
habis budi hilang di mata




kebaya nyonya sulaman kekal
bermotif alam kelopak tiga
kail andainya panjang sejengkal
lautan dalam jangan diduga




seroja melati kemboja melur
deret berempat hiasi laman
sahabat sejati salam dihulur
hubungan rapat kekal berzaman




melati seroja kemboja melur
indah nan sakti mendamai Hang Jebat
menanti jangan terus dihulur
salam meniti tangan berjabat




perdu siantan menyimpan keramat
idaman beribu pawang negeri
menjadi intan berjuta hikmat
bukan tebu bibir diseri




daunan palas susun bertiga
letak di talam hijau terserlah
air di gelas mudah diduga
hati nan dalam sukar ditelah




daunan palas dianyam leka
angan berulit datang mencelah
air di gelas mudah diteka
hati nan sulit sukar ditelah



Comments