Posts

Showing posts from 2017

Bunga Taman Larangan

Bunga Taman Larangan Nukilan: Pena Hijau Tersebarlah Haruman bunga Taman larangan Kini hilang jadi kenangan Ingatkah Suatu masa Di perkarangan istana Bersama tumbuh Menadah hujan melihat bintang Memberi bahagia pemandangan Berdetik  waktu menjemput layu Kita hanya bunga semusim Mula rebah satu persatu Ditangisi awan Gelap teresak-esak Seakan tidakkan kunjung Rerama indah kita sukai Beterbangan semua bunga Berharap yang tinggal Kanseharum silam

SAJAK

Kadang kita akui yang hidup ini tidak menyebelahi kita. Membiarkan hidup kita dalam dilema pilihan. TERSEPIT Nukilan: pena hijau nun di sana terlihat sampan terumbang ambing oleh ombak samudera yang mengganas ke tengah tidak ke pantai pun tidak sampai jua nanti iakan tenang jua tibalah sampan di pinggir pantai

PANTUN

Salam buat semua. Saya nak kongsi sedikit pantun yang tak seberapa, manakan tahu berguna. kadang adap mentari pagi salam ditawar malap biasan empunya dedap dipinang lagi daun mawar sebagai balasan ditebang jangan merajuk kelak baru bertunas ajal menanti dipanjang tangan hukum ditolak semata melunas impian hati cuaca pagi mula membisu kerana keladi jemput gelita setitik nila tumpah ke susu habis budi hilang di mata kebaya nyonya sulaman kekal bermotif alam kelopak tiga kail andainya panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga seroja melati kemboja melur deret berempat hiasi laman sahabat sejati salam dihulur hubungan rapat kekal berzaman melati seroja kemboja melur indah nan sakti mendamai Hang Jebat menanti jangan terus dihulur salam meniti tangan berjabat perdu siantan menyimpan keramat idaman beribu pawang negeri menjadi intan berjuta hikmat bukan tebu bibir diseri daunan palas susun bertiga letak di talam hijau terserlah air di...

Luka

LUKA Nukilan:pena hijau Luka Sering menanti waktu Melabuhkan dirinya Kadang luka datang Perginya tinggalkan parut Parut pergi bersama masa yang berlalu Kadang luka datang Perginya tinggalkan parut Dan parut menetap Diam selamanya Kadang luka datang Perginya tinggalkan parut Parut tak pergi Tapi sakitku bentan Hingga hujung hela Dan aku alami Bentan sakitku Dan sakitnya mendalam Diluah mati emak Ditelan mati bapak Cuma aku dalam kawalan Perlindungan Maha Esa